BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 February 2011

PERKIM

Pemahat Hati



Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad idola aku. 22/1/2010 akhirnya aku dpt juga berjumpa dengan Tun secara berdepan-depan. Alhamdulilah Tun masih sihat walaupun Nampak kurus sedikit. Ini  time perasmian PERKIM yg ke-50 buat kt masjid Kuala Lumpur.

Walaupun aku tak dpt bergambar bersama dengan Tun, tapi sudah sukup sekadar berjumpa dgn beliau 
secara live. Alhamdulilah kerana Tun masih lagi berupaya untuk menerajui PERKIM sehingga sekarang.




Yang ni aku dgn kawan aku time kat masjid..time ni lepas solat maghrib ktorg jumpe dgn sasteraa Negara ni. Tak dpt ambik pic dgn Tun dpt bergambar dgn sasterawan ini pun sudah cukup memberikan kegembiraan kepada ku.

Antara agenda time program PERKIM ni adalah perasmian PERKIM, solat maghrib dan isyak berjemaah, tahlil dan bacaan yasin.

Semoga dengan semangat dan perjuangan yang betul, PERKIM terus maju dan tidak terkubur.

26 February 2011

teka-teki teka tekuk

Pemahat Hati




Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?


Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?


Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?

Selamat Mencuba....












nk tau jawapan nyer... Ni Dia....

"bluekang' blue (inggeris) kang (jawa)
"penipu besar"
"kutu di atas kepala manusia"
"guru sejarah selalu memikirkan masa lampau dan profesor selalu memikirkan masa depan"
"kuih donat sebab tengah2 nyer lubang xde isi nk di makan"

malam perasmian esz kiy 2009

Pemahat Hati



Perasmian esz kt kiy mase 17/08/09..time tu aku ad clss kompter..tp aku x p clss compter tu cz nk p esz kn..cz time tu sape yg p esz kata nyer dpt surat pelepasan kolej..kata nyer la kn..so,aku pn x p la,lg pn time tu ngah ujan tu..sdap tdo..huhu..aku pn ape lg,tido je la..phm2 je la kn rse tido time ujn best nyer cmne..huhu..esz tu sbnr nyer mule kol 8.30 tp ujn pnye psl start lmbt la progrm esz tu..cm biase la kn,start je progrm pengetua pn b'ucp la n mrasmikan la progrm esz tu..pas tu ktorg pn kne wat persmbhan menyanyi lagu melayu tp kne translate ke bhsa inggrs..bkn sng taw lagu melayu nk jadi kn dlm bhsa inggrs..ssh tu..x caye try la..hehehe..tp smua kmpln dh b'sdia la..ktorg sblm tu dh d bhgikn kpda 9 kmpuln taw..kumpln ikt time MMP..aku kumpln k'2 tp kne wat prsmbhn yg k'8..huh!,lmbt la ckt kn kne wat prsmbhn..sbnr nyer aku x tau pape pn tntg gaye cmne kmpln aku nk wat..cz,aku x pnh dtg pn time dyorg wat lthn..huhu..phm2 jela kn,aku ni kn sntiasa bzy..hehe..sbnr nyer aku x nk naik pn pntas time kmpln aq nk wat prsmbhn tu nt..tp k'cian plak aku tgok..kalo aku x join naik pnts tu nt sorg2 je bdk laki2 n yg lain sume nyer pompn..so,tibe je time group aku kne wat prsmbhn aku n dbk india group aq yg lbh kurang cm aku pn join naik pnts tu ngn x tau pape..mule je prsmbhn kt ats pnts tu aq pn dh mule segan,bengang n mcm2 lg la yg ad..yela,mne x nyer kn,cz x pnh dtg latihn group..time2 tu aku pn jeling2 n tgok2 la gak group aku tu sume..aq tgok dyorg cm blur2 gak je..pas tu dh lme pn dyorg ttp cm blur2..dh,cm tu aku ape la lg..dgn muka x malu n x bengang nyer aku pn wat la gaye sndri kt ats pnts tu..pas tu blh plak dyorg sume leh ikt pe yg aku wat..so,aku pn layan je la pe yg aku wat kt ats pnts tu smpi abez prsmbhn ngn aku sndri pn x tau pe yg aku wat..abez je prsmbh sng la hti aku..pas abez je sume wat prsmbhn sume kmpln dpt hemper..hemper 2 pn ktorg mkn same2..pas tu cm biase la..ktorg sume ambk gmba..cm 2 la time ari prsmian esz (english speaking zone) di kolej ku..kolej ibrahim yaakub(kiy)....

Student of Art_5AJ


Ni student clss aku "student of art" time kt sri tanjung sekolah f5..tengok la tu yg smrt pakai songkok n kot tu sape..aku la 2..hehe..smrt kn..time ni aku ketua clss f5, 5 al-jabar..yg bju krim 2 pengawas n baju purple 2 pustakawan..muke sume mcm suci je kn sume nyer..hehehe..tp......ehemm3..yg tengah2 tu cikgu seni ktorg n guru clss ktorg..yg cikgu ni plak ktorg ingt kt dy cz ktorg sume kne denda wat lukisan kt luar clss ngn angkat meja n kerusi bwak kluar sekali..time ni segan btol cz student sume tgok kn je..tp yg pnting sume nyer jd kenangan...




ni plak student laki2 clss aku..time ni ktorg ngh wat jamuan tok sume f5 sblm spm..jadi kan kenangan la..alhamdulilah result ktorg x lah trok sgt n x lah baik sgt..haha..sume nyer dpt smbung belajar lg..tp yg pling ingt ngn dyorg ni ,time ktorg sume dak2 laki2 ponteng clss ekonomi, pas 2 kne panggil, kne ketok ketampi sorg2 n ada yg kene tumbuk kt muke..ktorg ponting cz xphm2 belajar..alang2 x pahm baik ponteng je trs..hehe..wlpn kne ngn ckg cm 2 tp ktorg still baik ngn ckg n raye ktorg p umh ckg lg..





ni plak student pompan clss aku..sume nyer smbung belajar lg..bpe je org yg dh keje..tp, korg ingt x..salah sorg drpd nyer telah meninggal kn kita semua kn cz terlibat dalam kemalangan..al-fatihah....aku x tau la kenagan ngn korg pe..hehe..sape atu dy yg tau..hehe..tp,sume nyer dalam kenangan..

23 February 2011

Layakkah aku untuk terus berkawan...

Aku tidak tau bagaimana untuk meluahkan perasaan aku ini semua. Tapi, dalam pemikiran aku ini terus memikirkan sama ada aku layak atau tidak untuk BERKAWAN dan terus mencari KAWAN..

Ya allah, aku memang hanya hambamu yang lemah, tetapi tetap memohon petolongan dari mu untuk membantu aku dalam dugaan mu ini ya allah..

Bagaimana untuk aku teruskan memcari kawan dan sahabat sekiranya kawan yang ada masih tidak percaya dan mempunyai perasaa kecewa dengan hambamu yang lemah ini dan bagaimana, kawan yang ada ini aku buat dia  kecewa.

Aku hanya berharap agar setiap kawan-kawan yang aku ada ini ceria selalu dan sentiasa terukir senyuman dibibirnya. Tetapi apa yang telah aku lakukan sehinggan ada yang kecewa terhadap hambamu ini. Aku tidak inginkan ini semua berlaku kerana bagi aku persahabatan adalah penting.

Bagi aku,dalam berkawan atau persahabatan ini kepercayaan, pengorbanan, nasihat-menasihati dan saling bantu-membantu adalah sangat penting dan adakah layak untuk aku terus mencari kawan sekiranya kawan dan sahabat yang aku ada ini tidak merasa itu semua dari aku.

aku juga merasa kesal dengan sahabat aku ini yang bernama  _ _ _ _   Z _ _ _ _ _ L   N _ _ _ A dengan tidak mempercayai aku sebagai kawannya. tetapi aku tidak menyalahkannya kerana mungkin memang silap aku tidak pandai untuk menjadi seorang sahabat atau kawan..

Sahabat, Kau sesungguhnya temanku dikala suka dan lara..
Tika ku buntu diselubungi sendu, kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman,

ya allah, kau berilah aku petunjuk ya allah, kuatkan hati hambamu ini..
Aku mengerti aku telah banyak membuat dosa terhadap mu dan juga mahluk ciptaan mu..
Tetapi aku sanagt berharap kepada mu ya allah, kau berilah aku peluang untuk aku dapat menikmati kehidupan bersama dengan hamba-hamba ciptaan mu sebagai seorang sahabat...

Jika ini adalah yang terbaik untuk ku dengan aku tidak terus berkawan untuk memdekati dengan mu dan mendapat keredhaan mu aku redha ya allah..



kerana...kau la yang maha mengetahui,maha pengasih dan maha penyayang terhapada hamba-hamba mu..=(

22 February 2011

Politik kampus..

Menjelang PRK UKM pada tahun 2010/2011 pelbagai isu telah timbul. Jentera-jentera Aspirasi dan jentera-jentera Gabungan Mahasiswa (GMUKM) mula melakukan pelbagai strategi untuk menentukan kemenangan menyebelahi pihak mereka.

Pada hari ini, Dewan Gemilang UKM menjadi tempat penentuan pengumuman kemenangan. Tepat jam 12.00 a.m pengumuman keputusan telah di keluarkan. Pemerintahan PMUKM selama ini yang telah di takbir oleh Aspirasi selama 7 tahun telah jatuh ke tangan GMUKM.

Terdengar berita kejatuhan Aspirasi itu membuatkan hati aku ini seolah-oleh hancur,air mata ingin jatuh ke bumi dan  tubuh badan aku tidak bermaya untuk menerima kekalahan tersebut. Tetapi aku perlu terima semua ini dengan bersikap professional  sebagai mahasiswa.

Mungkin ini semua adalah petunjuk dari allah untuk menunjukkan pada aku yang mana pemerintahannya adalah lagi bagus ataupun semakin hancur. Aku akur menerima tranformasi baru ini dengan hati yang terbuka.

Walaubagaimana pun, aku tetap menyokong Aspirasi  walaupun sudah jatuh. Itulah semangat yang diperlukan oleh Aspirasi untuk kita terus maju kehadapan dengan mengambil alih semula pemerintahan tersebut. Aku tidak akan lari dari perjuangan tetapi aku akan terus berjuang demi mahasiswa UKM.

“Setiap yang berada di atas tidak akan semestinya terus berada di atas dan Setiap yang berada di bawah tidak semestinya akan terus berada di bawah”

Kita jatuh bersama, kita bangun bersama,
Kita maju bersama, kita perjuangkan bersama.

“Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya”



19 February 2011

Mampukah aku???

Tertusuk di hati aku, perasaan kesedihan yang mampu membuat air mataku menitis ke bumi allah ini. Sekiranyan aku di takdirkan untuk menanggung tanggungjawab yang sebesar itu, mampukah aku untuk menerimanya dengan redha dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah. Terima kasih ya allah kerana memberikan kesedaran awal kepada hambamu ini tentang dugaan mu. Ya allah!! aku bersyukur dengan apa yang telah kau kurniakan kepada ku ni. Amin..amin..amin..Aku berfikir sejenak, sekiranyan aku berada di tempat itu, mampukah aku untuk terus berada di situ sebagai seorang "pendidik anak bangsa" untuk menggendong harapan mereka yang mempunyai citi-cita tinggi dan hasrat untuk mengubah kehidupan mereka. Tapi....adakah aku mampu menjalankan amanah itu untuk mereka??? dengan kemudahan teknologi dan alat berkomunikas yang tidak ada langsung di situ. Sedangkan aku telah di besarkan dengan kehidupan dunia yang serba canggih. Tetapi aku pelik dan menjadi persoalan, mengapa guru-guru yang bertugas disana mengatakan yang mereka lebih suka mengajar di situ???. Aku mendengar setiap kata-kata yang di keluarkan oleh guru-guru disana. Akhirnya, benar kata-kata guru disana, "siapa lagi kalau bukan kita". Kata-kata azimat itu akan aku jadikan satu pegangan untuk aku terus yakin sekiranya memang sudah takdir aku untuk menjadi seorang pendidik. Terdetik persoalan di dalam hati aku ni, mana yang lebih kau mahukan, adakah kau mahu mengubah nasib seseorang yang tidak mahu bersungguh-sungguh mengubah nasibnya atau kau mahu mengubah nasib mereka yang bersungguh-sungguh mahu nasib mereka berubah walaupun sangat susah dan sangat perit untuk kehidupan kau??. Setelah berfikir panjang, akhirnya aku mendapat jawapan dari 2 persoalan didalam hati aku ini. Jawapan aku adalah aku tidak kisah mahu menjadi guru walaupun untuk mengajar di kawasan pendalanman. Mengapa???..kerana bagi aku biarlah aku susah tetapi aku tidak kecewa daripada aku senang tetapi aku kecewa. Dengan semangat pelajar-pelajar di sekolah pedalaman yang sanggup menaiki perahu dengan larian air yang deras, jambatan gantung yang diperbuat daripada buluh yang tah pada bila-bila masa saja akan runtuh, dan menempuhi hutan belantara untuk pergi kesekolah dengan menanggung risiko kemalangan yang sangat besar. Tetapi lihatlah semangat mereka, mereka tetap pergi kesekolah kerana ape??? kerana mereka mahukan ilmu sebagaimana orang-orang di luar sana miliki. Mereka juga ingin mengubah nasib mereka untuk merasai kehidupan yang senang dangan persekitaran yang canggih. Tetapi sekiranya aku tidak mahu dan tidak mampu menjalankan amanah tersebut dengan sebaik mengkin ibarat pengorbanan menanggung risiko mereka kesekolah selama itu untuk menimba ilmu sia-sia sahaja. Dengan kemudahan yang begitu serba kekurangan, sehingga sekolah-sekolah pedalamam sangat berharap pencapaian pelajar UPSR sekurang-kurang 5C adalah target pencapaian terbaik sekolah tersebut di masa akan datang sedangkan sekolah-sekolah yang lain berlumba-lumba untuk mengejar pencapaian pelajarnya 5A. Sekarang barulah aku sedar bahawa kita lebih mudah untuk memdapatkan ilmu berbanding mereka yang duduk di kawasan pedalaman. Perasaan marahaku ini semakin tinggi terhadap pelajar-pelajar bandar yang suka ponteng sekolah walaupun kemudahan yang sangat selesa berbanding pelajar di pedalaman. Dengan semangat pengorbanan pelajar-pelajar itulah yang menjadikan aku semakin semangat untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa yang bergelar "guru" walaupun aku berada di kawasan pedalaman.