BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

31 March 2011

kami di kelantan..:)

Pemahat Hati

















Huh!!! Jauh juga rupanya dari ukm ke Kelantan. Boleh patah pinggang..hehe..masa  11/3/11 aku dgn kawan-kawan aku p la Kelantan. Sume nyer 5 org yg p. Niat sbnrnya rumate aku dgn 2 org lg kawan sekolah dia tu nk p umh cikgu dia nikah kt pasir mas. Jdi aku ikt sbb aku la kne jd drve, dgn kawan aku sorg lagi yang ikt plak kne jdi pemandu pelancong sbb dia org Kelantan.

Aku ngn 2 org lagi kwn aku gerak dari ukm kol 11 mlm. Tp ktorg kne p kelana jaya dlu sbb nk ambk 2 org lg kawan. X pnh lgi p umh dyorg ni. Pnt cri umh dyorg ni, kira-kira 2 jam cri umh dyorg ni x jmpa-jmpa gak. Last-last jmpe ad sorg abg ni ajk follow kete dia sbb umh dia dkt ngn umh dyorg tu. Cm 2 bru la jmpa. Dh ambk dyorg ktorg p sungai buloh plak ad hal ckit nk kne p sne.

Last-last btol2 nk grk p Kelantan kol 4 pagi. Time nk p 2 ktorg p dh dkt2 kol 7 tu ktorg singgah kt raub solat n mandi kt sne umh salah sorg drpd ktorg. Pas 2 kol 8 lbh bru mule kn pjlnan smula.
Ktorg p lalu kt k.lipis n gua musang. Mmg best la lalu kt situ. Rse tenang je sbb kanan kiri hutan. Pemandangannya pn cantik. Mmg cantik la. Gunung-ganang, hutan dan mcm2 lg..hehe. tapi yang x best nyer lalu kt situ jalannya kecil,berbukit2 n banyak selekoh2. Pas 2 bnyk lori2 besar lalu kt jalan 2. Kiranya kne bwk slow je la kt jln.






















Majlis nikah tu ari ahad, tp ktorg smpi ari sbtu, so ktorg pn p jln2 kt Kelantan 2. Best2,ktorg p lata rek,rantau panjang, kota bahru, wakaf che yeh n mcm2 tempat lg la. Mmg x dpt d gambar kn la best nyer. Tengok je la pic yg ad ni ea.


































Ktorg blik kl sume nyer smpai dlm kol 2 pg..wlpn pnt tp mmg best. Kre x sia-sia la ktorg p jln2 tu..:)


26 March 2011

Aku perlu sabar..allah bersama ku..





Pemahat Hati


Sabarlah Wahai Hati... Sabarlah...Allah ada bersamaku... ku pujuk hati...agar tidak terus tenggelam dalam kegusaran...

Subhanallah.. Maha suci Allah yang menciptakan ketentuan... walau pada awalnya, itulah jalan yang terbaik..namun, rahsia Allah tetap rahsia.. disembunyikan dari pengetahuan manusia...

janjiNya... " dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" ~ Al-Baqarah: 155.

Dia memberi ujian hanya dalam sekelip mata... lantas dibiarkan manusia itu mencari jalan keluarnya sendiri... dibentangnya jalan dengan cara yang cukup terseni...diilhamkan penyelesaian yang hanya mampu dilihat oleh hati nurani...


nah...!!!..sekarang...selesaikanlah sendiri.... kau mampu...

"dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada satu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi(dirugikan)"~ Al-Mu'minun:62


ya!!... kau mampu.. mana mungkin Allah menguji sesuatu buat hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu kau tanggung..


tapi...

"aku dah buat yang terbaik... aku dah istikharah sebelum buat pilihan itu... aku cuba pilih jalan yang paling Allah redhai... tapi sekarang....kenapa aku merasakan pilihan saya dulu adalah kesilapan besar yang pernah saya pilih...kenapa? aku sedih..:-( "

wahai hati... renunglah sedalam-dalamnya... ya..mungkin pilihan yang kau pilih adalah yang terbaik untukmu.. Allah tahu...betapa kau telah berusaha sebaiknya...tapi pernah kah kau fikir, kenapa Allah masih memberi kesukaran buatmu?

renunglah dengan mata hatimu... diamlah sejenak...

wahai hati.. berbaik sangka lah pada Allah..Tuhan yang menganugerahkan ujian ini kepadamu... jangan Kau fikir yang bukan-bukan pada ketentuan Allah...Allah tahu setiap sangkaanmu padaNya...baca ini..

Firman Allah swt (Hadist Qudsi): " Aku mengikuti persangkaan hambaKu terhadap diriKu menurut apa yang disukainya".~ al-Hadist.

mana mungkin Allah tidak mengerti hati hambaNya..bukankah aku dulu asalnya dari sesuatu yang kotor? daripada sekecil-kecil diri..kini sehingga dewasa hanya dibesarkan dengan rezeki dariNya... Allah mengangkat darjat kita menjadi mulia malah lebih mulia dari ciptaan Allah yang lain. namun, bila Allah datangkan sedikit cubaan semata-mata untuk menguji keimanan, pantaskah kita untuk terus menghukum ketentuanNya?

belailah jiwa... apa yang Allah cuba lakukan ini adalah suatu ketentuan yang tersirat dalam rahsianya... pasti Allah sebagai Pencipta segalanya punyai jawapan atas setiap ciptaanNya....

wahai hati..fikirlah ini... dulu, kau pernah berkata ; "Ujian tanda kasih sayangNya.. dan ujian adalah anugerah Allah untuk mengangkat darjat hambaNya.." lupakah engkau pada ucapan yang keluar dari bibirmu sendiri.. di saat engkau diberi peluang memberi tazkirah pada satu halaqah..disaksikan sahabat-sahabatmu..? hmm..lupa ya...

inilah peluangnya untuk kau buktikan kata-katamu itu... kerana..sampai satu saat..Allah pasti akan menguji kita atas sesuatu yang pernah kita ucapkan... untuk membuktikan sejauh mana kita mengimani ucapan itu..

ingat..!! "iman itu adalah cabaran..!!" engkau boleh mengaku engkau mencapai tahap iman andai kau lepasi ujian ini... lupakah engkau pada kata-kata hikmah Allah...

" sesungguhnya kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk kami menguji mereka, siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya"~ Al-kahfi:7

hatiku... kamu inginkan syurga Allah..kan?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"~ Ali-Imran:142

hmm..inilah yang perlu engkau taruhkan... mana mungkin kamu akan mendapat hadiah syurga dari Allah andai ujian sebegini kamu tidak mampu hadapi...mana mungkin... sedangkan dihadapanmu yang Allah hijabkan pandangan, terbentang 1001 lagi cabaran.. yang lebih hebat lagi... xkan ujian sebegini sudah membuatkan kamu lemah..lantas menghilangkan nilai kebergantungan pada Allah... kalau begini sikapmu wahai hati... macam mana kau nak hadapi ujian yang mendatang?

renunglah....

wahai hatiku sayang... lihatlah.... Allah itu sangat Penyanyang... bermula dari celiknya matamu awal pagi...telah sedia terbentang nikmat Allah buatmu tanpa sempat kamu pinta... dan kini...ujian mendatangimu... Laa Tahzan...jangan bersedih...

kalau engkau masih bersedih wahai hati... ke sini..dekat denganku.. ingin aku khabarkan berita baik untukmu... bukan dariku... tapi berita ini dari Allah... buatmu andai engkau menghayati setiap apa yang Allah kiaskan dalam Qalam SuciNya ini...

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata,'Tuhan kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak(pula) bersedih hati. Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan."~ Al-Ahqaf:13-14.

lihat.. betapa Allah Maha Memahami... dipujuk hatimu sedemiakian rupa... lantas dijanjikan lagi dengan 'hadiah' yang paling istimewa.. cuma..satu perkara yang perlu kamu pertahankan.. adalah..'sabar'... sabar dengan ujian dan sabar menanti anugerah dari Allah...

sekarang.. wahai hatiku... pandanglah semua ini dengan mata hatimu sekali lagi... bangkitlah...bangun... cari rahsia yang Allah sembunyikan dalam Qalam Suci, Al-Quran... susunlah langkahmu... pasti ada jalan keluar...

Allah Maha Mengetahui... berusahalah... walaupun usahamu tidak membuahkan hasil... tapi Dia tahu engkau telah sedaya upaya berusaha mencari jalan keluar dengan cara yang paling diredhaiNya... yakinlah... sabarlah...

malah apapun yang kau cuba jauhkan..diamkan..atau sembunyikan...pantas Allah lebih mengetahui..

"katakanlah: jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya: Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" ~Ali-Imran:29

wahai hati...


apapun jua ujian yang bakal mendatang setelah ini...kuatlah kebergantungan mu padaNya...Ilham yang terbentang..gunakanlah sebaik-baiknya..carilah rahsia disebalik rahsia yang disembunyikanNya...

engkau pasti akan menemuinya...

janji Allah itu PASTI..!!! InsyAllah..

Sabarlah wahai hatiku...dan hatimu jua...

25 March 2011

ini yang kau perlu lakukan





Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯` Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tak selalu BAHAGIA, 

sedekahkanlah satu SENYUMAN walau hatimu tak lagi mampu BERTAHAN,

 belajarlah MEMAAFKAN walau dirimu TERLUKA, 

hiduplah dalam IMAN walau hari2mu dipenuhi DUGAAN,

Dan sentiasalah berpegang TEGUH dengan tali Allah walau DIA tak KELIHATAN..

InsyaAllah,Amin Alla
humma Amin...
¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

23 March 2011

Rasullullah S.A.W bersabda


The Holy Prophet  Muhammd,Rasullullah  (SAW) said:
1) Four things that make your body sick:-
a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people
 
2) Four things that destroys the body:-
a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger
d)Sleeping late at night
 
3) Four things that make the face looking dull and haggard:-
a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)

4) Four things that make the face glow and shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked

5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty

6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)

21 March 2011

Permata yang di cari



Hadirnya tanpa ku sedari..
Anugerah kurniaan ilahi..
Selama ini baru kutemui..
Tapi ku tak pasti rencana ilahi..

11 March 2011

Islam di Politikkan

Pemahat Hati

Pada zaman jahiliyah juga wujud parti politik seperti yang wujud kini, tetapi dalam bentuk suku-suku kaum yang tebal semangat perkaumannya iaitu assabiyah. Nabi tidak menyertai suku-suku itu walaupun ditawarkan jawatan pemimpin.

Sebaliknya nabi menyatukan kaum-kaum ini dengan ikatan Islam. Bagaimanakah nabi melakukannya? Jelas Nabi tidak mementingkan kekuasaan. Walhal jika baginda menerima tawaran itu, baginda akan berkuasa.
Tetapi apakah yang didahulukan baginda? Adakah Islam itu terbina dengan kuasa? Pada mata kasar, kuasa menguatkan Islam tetapi kekuasaan bagaimanakah yang menguatkan Islam?

Adakah kuasa itu didapati melalui cara merasuah masyarakat melalui tawaran keduniaan seperti gaji lebih tinggi, cuti lebih panjang atau menghapuskan saman kesalahan trafik?

Semua tawaran popular ini akan memusnahkan masyarakat pada akhirnya. Usaha berkenaan hanyalah untuk mengambil kesempatan ke atas sifat masyarakat itu sendiri kerana tawaran seperti itu akan menyebabkan masyarakat menjadi malas, tidak berdisiplin dan tidak menghormati undang-undang.

Politik sebenar dalam Islam dan politik nabi adalah dakwah, tarbiah dan tabligh kerana Islam bukan sekadar mengucap kalimah syahadah dan amalan solat, puasa, haji dan zakat untuk diulang ajar.
Kita harus akui bahawa kita sekarang berada pada zaman jahiliah moden dengan segala maksiat berleluasa. Tidakkah di sini perlunya dakwah dan bukannya politik kepartian?

Politik kepartian hanya boleh hidup dan menang jika dasar-dasarnya memuaskan kehendak dan nafsu pengundi. Politikus kepartian tidak akan dapat membentuk masyarakat untuk menuruti ajaran yang dimahukannya.

Kehendak masyarakat itu berbau keduniaan semata-mata dan akhirnya parti yang mendakwa Islam itu akan terpaksa mengalah dengan kehendak masyarakat.

Parti politik bukanlah cara nabi seperti yang difahami para ulama yang menyertai parti politik. Jika parti politik itu cara Islam, terimalah jika pemimpin yang dipilih adalah perasuah, kerana suara teramai adalah pemenang.
Masyarakat yang baik akan memilih pemimpin yang baik dan begitu sebaliknya. Namun ulama-ulama ini hanya ingin mengubah negara, sedangkan mereka lupa negara itu terdiri daripada individu-individu.

Sememangnya ulama-ulama parti ada menyebarkan ayat-ayat dakwah dalam ceramah mereka. Namun tujuan ayat-ayat itu disebarkan adalah untuk memenangi undi dan bukan bertujuan merebut hati masyarakat supaya menjadi berakhlak.

Banyak ayat-ayat al-Quran dipetik untuk membenarkan puak mereka. Dengan itu, Islam telah dipolitikkan. Parti ini hanya mengumpul penyokong, tapi tidak membina individu Islam yang sebenar. Mereka tiada pengikut tulen, tetapi terpengaruh dengan label Islam.

Para ulama ini sebahagiannya mempunyai cita-cita murni untuk membentuk sebuah masyarakat Islam seperti di Madinah. Tetapi mereka telah sesat jalan dalam mencapai tujuan mereka dan tidak mengambil iktibar dari perjalanan sirah nabi. Untuk mengamalkan kewajipan agama, kita tidak perlukan negara Islam.

Tetapi negara Islam perlukan umat Islam yang mengamalkan akhlak Islam yang tulen. Apalah gunanya sebuah rumah yang bersih, tetapi penghuninya pengotor? Akhirnya sampah-sarap akan memenuhi rumah tersebut. Ringkasnya, penghuni itu sendiri perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Soalnya, apakah sumbangan mereka dalam membentuk cara hidup dan akhlak Islam? Para ulama sebegini akan terbelit dengan hujah-hujah untuk membenarkan puak mereka semata-mata. Kita ambil contoh mudah – isu seorang pembesar yang ditawarkan pakej umrah ke Mekah.

Kenapa dia ditawarkan pakej itu? Layakkah dia menerimanya? Apa tujuan dia ditawarkan? Atas dasar apa? Siapakah penawarnya? Tidakkah ia dikhuatiri ada unsur-unsur rasuah? Banyak soalan perlu ditanya dan dijawab.

Namun tiada jawapan diberikan kerana taksub dengan kebenaran yang diyakini berada di pihak mereka, tiada jawapan yang diberi. Maka bersuaralah puak-puak mereka menyatakan pembesar parti lawan juga menerima tawaran yang berbau rasuah.

Inilah sikap politik ulama dalam parti. Jika lawan mereka berbuat salah, mereka merujuk al-Quran dan sunnah nabi untuk menjatuhkan hukum. Jika mereka melakukan kesalahan yang sama, mereka mengelak dari menjawab dengan menuduh pihak lawan juga melakukan kesalahan yang sama.

Tindak-tanduk ini melemparkan diri mereka sendiri ke lembah assabiyah iaitu sifat perkauman yang hanya mengenal kaum dan puak sendiri. Sifat-sifat ini menjadikan parti politik yang mereka dakwa Islam itu juga assabiyah. Assabiyah tidak mengenal siapa betul siapa salah. Sama ada puak mereka betul atau tidak, puak mereka mesti dipertahankan. Puak lawan harus ditentang walaupun kebenaran berada di pihak lawan.

Semua ini terjadi kerana mereka hanya mengejar kemenangan dalam politik. Inilah assabiyah moden yang tanpa sedar telah menyembah masyarakat pengundi sebagai tuhan. Seperti yang kita maklumi, nabi mengajar dan menghidupkan agama namun baginda tidak mengutamakan negara. Nabi mengutamakan individu-individu yang membentuk masyarakat itu. Lupakah mereka pada janji Allah bahawa Allah akan membantu urusan dunia kita jika kita membantu menegakkan agama-Nya?

Politik dalam Islam bukanlah politik seperti yang ditafsirkan oleh ulama-ulama parti hari ini. Politik nabi adalah dakwah, tabligh, tarbiah dalam memenangi hati manusia demi mencapai keredhaan Allah. Politik yang diamalkan ulama-ulama parti hari ini adalah mengikut tafsiran barat, iaitu parti politik untuk memenangi negara.

Bagi saya, warganegara biasa ini, jika perubahan politik di Malaysia berlaku pada pilihan raya akan datang, tiada apa yang berubah ke arah yang lebih baik. Yang berubah hanya siapa pula yang akan dituduh perasuah dan penipu.

Begitu juga sebaliknya kerana pemimpin yang akan dipilih tergolong dari kalangan masyarakat yang sama. Pemimpin yang zalim adalah bayangan masyarakat yang zalim di bawahnya dan keadaan ini akan dipersalahkan kepada pemerintah yang terdahulu.

Akhirnya, musuh sebenar orang Islam bukanlah orang Islam. Dalam konteks Malaysia, musuh sebenar PAS bukanlah Umno. Musuh sebenar manusia adalah kejahilan, seperti kata khalifah keempat Saidina Ali. Di sinilah peranan ulama yang sebenarnya seperti diwariskan nabi.

02 March 2011

Erti Sebuah Kehidupan



Permulaan yg kita tidak sedari,
penghujung yang kita tidak ketahui

inilah kehidupan jika diberi erti
keseronokan kebahagiaan, kesusahan, dan kesedihan
menjadi rencah didalam memaniskan kehidupan
 
berapa ramai yang sedar kehidupan ini sekadar pinjaman?
berapa ramai yg menghayati erti sebuah kehidupan?
berapa ramai pula yg menunaikan segala amalan?
 
tidak kita ketahui bilakah kita akan pergi
jika diberi mungkin tiada yang lalai lagi terhadap diri sendiri
setiap hari yg berlalu adalah satu kerugian
bagi mereka yang tidur dari menjalankan kewajipan
 
bukan engkau bukan kamu, yang aku nasihati adalah aku
aku berusaha menjadi orang yang 'untung'
dimana setiap hari amalan dihitung
setiap harinya adalah kebaikan, 
setiap harinya membawa keuntungan...

namun aku masih begini
sekadar berjanji tidak pada hati
apakah 'nur' itu telah pergi dari hati ini?
ya Allah tabahkanlah hati kecilku ini
agar setiap janji dapat kutepati
bukan sekadar berjanji tetapi masih begini
tolonglah dan bantulah....
aku tidak mahu terperangkap didalam diri ku lagi.....